Thursday, February 28, 2013

Jangan Panggil Kami 'Anjing Kerajaan'

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengamalkan dasar berkecuali dalam semua tindakan dan operasinya serta sama sekali tidak menyebelahi mana-mana parti politik ketika melaksanakan tanggungjawab.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin juga menegaskan dasar itu dipegang PDRM dalam menghadapi pilihan raya umum.

"Jadi janganlah bercakap kita ni ‘anjing’ kepada kerajaan atau bagai ‘lembu dicucuk hidung’ yang ikut sahaja telunjuk orang-orang tertentu dalam mencapai sesuatu hasrat.

"Ini kerana institusi kepolisan ini telah wujud sejak 206 tahun dan telah menunjukkan profesionalisme dari segi mengambil tindakan,” katanya dalam temu bual mengenai persiapan PDRM menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), di Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment