Monday, February 4, 2013

Kerajaan Terengganu Akan Bina Pasar Borong Bernilai RM50 Juta

Kerajaan negeri Terengganu akan membina sebuah pasar borong di Bukit Payong, Marang bagi memenuhi keperluan sebahagian daripada peniaga di negeri ini.

Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Shamsuddin Mat Rani berkata pasar borong bernilai RM50 juta itu dapat menempatkan sehingga 120 peniaga apabila siap nanti.

"Tapak pasar borong berkenaan seluas kira-kira 20 hektar sudahpun siap sepenuhnya," katanya.

Shamsuddin berkata pembinaan pasar borong tersebut dirancang oleh kerajaan negeri sejak 2006 tetapi tertangguh kerana beberapa masalah teknikal.

 Bagaimanapun, beliau berkata masalah yang dihadapi itu kini telah selesai dan pembinaan pasar borong berkenaan akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Buat sementara waktu peniaga khususnya di Kuala Terengganu, menggunakan pasar borong sementara di Kampung Wakaf Mempelam.

"Kita faham hasrat petani atau nelayan, mereka memerlukan pasar borong kerana di situlah sebahagian besar daripada rangkaian pemasaran produk mereka," katanya.

Shamsuddin berkata lokasi pasar borong tersebut memang strategik kerana ia terletak berhampiran Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan terbesar di negeri ini.

No comments:

Post a Comment