Friday, February 22, 2013
Kerangka Bumbung SSMZA Runtuh - Kesilapan Kaedah Kerja Jadi Punca
Kesilapan kaedah kerja oleh pihak kontraktor antara punca kerangka bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Kuala Terengganu yang sedang dalam proses baik pulih runtuh pagi semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insfrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Datuk Za'abar Mohd Adib berkata cadangan kaedah kerja dikemukakan oleh pihak kontraktor untuk membuka kerangka bumbung itu tidak tepat.
"Kita telah membuat kajian integriti sebelum kerja-kerja membaik pulih bumbung itu dilakukan namun pihak kontraktor gagal mengemukan cadangan kerja yang tepat," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, semalam.
Katanya siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca akibat kelemahan struktur utama bunbung setelah melalui beberapa proses menurunkan kerangka di bahagian tengah bumbung.
Menurutnya kerugian akibat runtuhan bumbung berkenaan akan ditanggung sepenuhnya pihak kontraktor dan sehubungan itu tidak timbul soal kejadian itu akan melibatkan kenaikan kos bagi projek baik pulih itu.
Beliau berkata kerja membaik pulih bumbung itu akan dihentikan selama seminggu untuk siasatan. Za'abar berkata struktur kerangka bumbung yang runtuh itu adalah sepanjang 137 meter iaitu dua pertiga daripada keseluruhan struktur bumbung yang mahu diruntuhkan.
Semalam lima pekerja binaan cedera dengan tiga daripadanya parah apabila kerangka lama bumbung SSMZA di sini yang dalam proses baik pulih runtuh. Kejadian pada pukul 11.30 pagi itu berlaku ketika lapan pekerja sedang menjalankan kerja memotong kerangka bumbung lama stadium itu.
Kerja baik pulih berkenaan telah dilaksanakan kontraktor terbabit sejak tiga tahun lalu dan dijadualkan siap pada 24 Feb ini.
Pada 2009, bumbung sebelah timur stadium berkenaan yang dibina dengan kos RM 292 juta runtuh dan susulan itu terpaksa menjalani proses baik pulih dengan kos RM15 juta.
Berikutan itu kos asal RM15 juta untuk membaik pulih stadium berkenaan tidak akan berubah.
No comments:
Post a Comment