Thursday, February 21, 2013

Ramai Pengundi Baru Dijangka Mengundi BN Di Besut - Abdullah

Kehadiran pengundi baru yang mewarnai Pilihan Raya Umum (PRU13) dalam Parlimen Besut, dijangka tidak memberi kesan besar kepada pengaruh pembangkang sebalik ia lebih memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Keyakinan itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin berkata, berdasarkan jumlah pengundi baru yang pertama kali akan mengundi di parlimen Besut ia akan memihak kepada BN kerana sebahagian besar mereka didaftarkan oleh Pemuda Umno Besut.

Pada PRU13 di Parlimen Besut menyaksikan seramai 72,112 pengundi dan daripada jumlah itu 16,402 adalah pengundi baru yang pertama kali akan mengundi.

Dr Abdullah yang juga Penasihat Agama Perdana Menteri dan Bendahari Umno Bahagian berkata, faktor lain yang menjamin kemenangan BN ialah kekuatan Umno bahagian itu sendiri yang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi gelombang politik.

Malah,katanya, Umno Besut sudah melengkapkan jentera gerak kerja sejak Mac tahun lalu menyebabkan ahli Umno sudah bersedia jika perlimen dibubarkan.

Dr Abdullah berkata, pemimpin bahagian itu juga sentiasa patuh kepada keputusan parti dan sedia berundur jika pucuk pimpinan parti memutuskan mereka tidak akan dicalonkan.

“Pemimpin Besut juga reda dengan apa sahaja keputusan parti malah berikrar untuk bekerjasama jika ada mana-mana pihak yang tidak dicalonkan semula,” katanya.

Teganukita

No comments:

Post a Comment