Seramai 3,922 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam turut mendapat tempias hasil keprihatinan Kerajaan Pusat apabila menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang diagihkan sepanjang dua hari bermula 12 Februari lalu.
Pengawai Pembangunan DUN Wakaf Mempelam, Wan Mahyuddin Wan Ngah, berkata pegagihan fasa pertama yang berjumlah RM 1.96 juta yang dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad berjalan lancar sebagaimana dijadualkan.
“Ini baru fasa pertama, selepas ini akan diikuti fasa kedua dan seterusnya yang akan diselesaikan secepat mungkin sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Kita akan memastikan semua pemohon dan mereka yang layak dapat menikmati bantuan ini tanpa mengira latar belakang mereka kerana kita telus dan bertanggungjawab membantu rakyat yang memerlukan pembelaan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta semua penerima BR1M 2.0 menilai semula bantuan yang diterima sejak tahun lalu itu dan membalas segala kebaikan kerajaan Barisan Nasional hanya dengan menyokong parti itu pada PRU13 nanti sebagai kesinambungan pembangunan sedia ada.
No comments:
Post a Comment