Wednesday, February 27, 2013

Selangor Dilanda Musibah - Ramez Dayoub Digantung Seumur Hidup

Ramez, berbaju merah kuning digantung seumur hidup.
Selangor akan kehilangan tonggak pertahanan import, Ramez Dayoub, antara dua pemain yang digantung seumur hidup oleh Persatuan Bola Sepak Lebanon (LFA) atas dakwaan mengatur keputusan perlawanan.

Ramez yang kini beraksi dengan skuad Gergasi Merah untuk musim kedua, didakwa melakukan kesalahan itu ketika bersama skuad kebangsaan pada aksi kelayakan Piala Dunia 2014, tahun lalu.

Ramez dan Mahmoud Ali turut dikenakan denda bernilai AS$15,000 (RM46,711) dan mereka dibenarkan membuat rayuan terhadap hukuman tersebut.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Siasatan merangkap Setiausaha Agung Bola Sepak Asia Barat, Fadi Zureikat di ibu pejabat LFA di Beirut semalam.

Selepas menghabiskan masa 174 jam dengan menyoal siasat 65 saksi, 44 pemain, tiga pengadil dan 18 pegawai, LFA turut mengantung dua pemain, Hasi Sehmarani dan Hadi Jaafar selama tiga musim manakala 20 pemain yang didapati bersalah dikenakan pengantungan satu musim.

Pengumuman itu dibuat selepas persidangan Interpol mengenai skandal mengatur perlawanan di Kuala Lumpur minggu lalu.

Kosmo!

No comments:

Post a Comment