Imbas Kembali...Atlet Terengganu merayakan kejuaraan Sukma 2012. |
Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Zainal Abidin Hussin berkata, penajaan umrah ini merupakan penghargaan yang sangat berharga dan ganjaran tidak ternilai, julung kali disumbangkan kerajaan negeri bagi menghargai pengorbanan atlet dan pegawai sukan.
"Saya bagi pihak Majlis Sukan Negeri mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan kerajaan negeri atas sumbangan ini. Penghargaan ini merupakan satu penghormatan untuk atlet dan pegawai sukan," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Mahmud semalam.
Beliau berkata 112 atlet, pegawai serta mahram bagi atlet wanita berlepas hari ini dan 130 orang akan berlepas pada 9 Mac nanti. Pakej untuk mahram atlet wanita adalah tanggungan sendiri.
Fitriya Abu Mansur, 19, atlet taekwondo berkata beliau sangat bersyukur kerana pengorbanan beliau selama ini serta penat lelah atlet untuk mendapatkan pingat dihargai melalui tajaan mengerjakan umrah ini.
"Penghargaan ini menaikkan lagi semangat saya untuk terus menyumbang pingat dalam kejohanan yang akan datang," katanya.
Seorang lagi atlet, Nor Azlizan Nor Azli, 21, atlet karate yang memperoleh pingat gangsa berkata, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana menepati janji untuk menaja pakej umrah ini.
"Saya sangat bersyukur kerana kerajaan negeri menghargai apa yang telah saya sumbangkan dan akan cuba berusaha lebih baik untuk memperoleh pingat emas pada Sukma akan datang," katanya.
Bagi jurulatih olahraga, Halizam Mat Yusof, 40, berkata, langkah yang diambil kerajaan negeri ini merupakan langkah yang terbaik sebagai penghargaan kepada atlet dan pegawai yang terlibat serta membuktikan keprihatinan kerajaan negeri ini dalam pembangunan sukan.
No comments:
Post a Comment