Shila ketika meraikan kemenangan pada suatu pertandingan peringkat Asia. |
Shila juga menegaskan, dia tidak melarikan diri, sebaliknya hanya mencari ketenangan.
Semalam, ND Lala membuat laporan polis setelah gagal menemui anak gadisnya itu. Tengah hari tadi polis Kajang mengesahkan Shila sudah ditemui dengan selamat oleh bapanya.
Shila menjelaskan serba sedikit tentang perkembangan dirinya dalam status laman mikro Twitter yang dikemas kini petang tadi.
"Awak tidak tahu apa yang telah saya lalui. Saya tidak melarikan diri. Saya cuma perlukan ketenangan fikiran, jauh dari orang-orang ini.
"Kenapa saya tak boleh? Beritahu saya," tulis Shila pada jam 4.32 petang semalam. Shila juga menegaskan sekali lagi bahawa dirinya tidak hilang.
"Sekali lagi, Sha tak hilang," tulisnya lagi. Melalui tweetnya juga, Shila difahamkan kini berada di Pulau Pinang bagi persembahannya pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN), hari ini.
"Saya suka berada di Pulau Pinang... terasa seperti di rumah," tulisnya jam 10.04 malam tadi.
Juara Asian Wave ini juga tidak bersetuju dengan tindakan ND Lala yang membuat laporan polis berhubung kehilangannya.
"Laporan polis itu memang tidak seharusnya berlaku. Sigh (mengeluh)," tulisnya dalam mesej terbaru sekitar jam 10.20 malam.
Berhubung kehilangannya, Shila dikatakan hanya menghantar satu pesanan kepada keluarganya yang mengatakan dirinya selamat.
Namun, penyanyi ini menafikannya melalui interaksi dengan peminat.
"Lebih baik jika awak menghubungi ibu bapa. Setiap ibu bapa akan melakukan perkara yang sama. Mereka cuma risaukan awak. Selamat, berada di rumah," tulis @dalyna88.
Shila membalas, "saya melakukannya setiap hari."
No comments:
Post a Comment