Wednesday, March 20, 2013
Puteri UMNO Rancak Turun Padang Perkemas Strategi
Pergerakan Puteri Umno Terengganu semakin rancak turun padang untuk bertemu rakyat di seluruh Terengganu bagi mengeratkan hubungan, sekali gus memperkemaskan strategi sebelum menghadapi ‘perperangan’ pilihan raya umum akan datang.
Ketua pergerakan itu, Nordiana Dato’ Shafie, berkata pada masa sama, pihaknya dapat mengesan setiap masalah rakyat serta menyelesainya dengan kaedah terbaik, selain menyakinkan bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah parti yang mampu membela nasib rakyat.
“Program seumpama ini menjadi peluang terbaik bagi mendengar isi hati dan pandangan mengenai sesuatu perkara seterusnya dilaksanakan demi kebaikan bersama.
“Rakyat kini sudah bijak menilai mana parti yang boleh diharap atau parti yang hanya pandai berceramah dan menabur janji ,” katanya
Menurutnya, dia percaya undi populariti BN akan terus meningkat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 berbanding 56 peratus PRU pada 2008.
“Keyakinan itu berdasarkan sokongan pengundi muda di samping tindakan keluar parti ramai penyokong pembangkang khususnya Pas di negeri ini sejak beberapa tahun lalu.
“Jelas beliau pembangkang di negeri ini cukup terdesak dan bangkrap isu untuk berdepan BN sehingga sanggup memperbodohkan ahli mereka sendiri terhadap beberapa program yang diadakan UMNO termasuk program Selamat Tinggal Pas.
"Selain ketandusan isu mereka cuba menenangkan penyokong mereka yang lain setelah ramai ahli mereka bertindak keluar parti", katanya
Teganukita
No comments:
Post a Comment