Wan Isyraf dan isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret. |
Wan Isyraf Wan Roslan, 22, dari Kampung Gong Kiat, di Kuala Terenganu dan isterinya, Nurul Aisyah Mat Yussop, 19, dari Kampung Nibong, Panji Alam, didakwa mengedar dadah berbahaya itu kira-kira jam 9.40 malam, pada 24 Februari lalu.
Pasangan berkenaan yang memiliki seorang anak berusia tujuh bulan, didakwamengedar dadah seberat 95.5 gram di sebuah rumah di Jalan Panji Alam, Kampung Nibong, di Kuala Terengganu.
Justeru, mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39b(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Liyana R Azmi, di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim, manakala pasangan terbabit tidak diwakili peguam bela.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan dan Abdul Hayyi menetapkan 21 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia serta tiada sebarang jaminan ditawarkan.
SH Online
No comments:
Post a Comment