Friday, March 8, 2013

Terengganu Hantar 34 Pelumba Perlumbaan Lebuh Raya Sport Excel

Terengganu mempertaruhkan 34 pelumba pada Kejohanan Berbasikal Remaja Sport Excel (Lebuh Raya - Sirkit 1) di Perlis, esok.

Ketua jurulatih Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) Syed Mohd HussainiSyed Mazlan berkata kejohanan dua hari itu sebagai pendedahan awal untuk memilihskuad Sukan Malaysia (SUKMA) Perlis 2014.

"Kejohanan di Perlis ini merupakan masa terbaik untuk menguji kebolehanpelumba berusia 14 dan 15 tahun selepas mengikuti latihan lebih setahun,"katanya.

Dalam pada itu, Syed Husaini berkata seramai 60 pelumba berjaya dikesanuntuk digilap dan diserapkan ke dalam skuad pelapis negeri dan pelapis SUKMA.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 15 pelumba telah dikenal pastiberpotensi untuk mewakili Terengganu pada temasya SUKMA anjuran Perlis tahundepan.

No comments:

Post a Comment