Tuesday, March 12, 2013
Fatehah Pungut Emas Pecut
Kilauan emas yang disapu pelumba negara pada hari terakhir acara trek Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2013 membuktikan Malaysia kini boleh bergelar gergasi Asia.
Kilauan emas tersebut diperoleh menerusi ratu acara trek negara, Fatehah Mustafa, pelumba remaja, Muhammad Firdaus Mohd. Zonis dan pelumba elit, Josiah Ng.
Hari cemerlang skuad negara pada kejohanan yang berlangsung di velodrom Kompleks Sukan Indira Gandhi itu bermula dengan kejayaan Josiah apabila mendominasi sepenuhnya final acara keirin dan 200 meter pecut individu, dan itu merupakan kejayaan pertamanya dalam sejarah ACC sejak menyertainya pada 1999.
Pelumba trek wanita negara, Fatehah Mustapa berjaya meraih pingat emas dalam acara pecutselepas skuad pelapis meraih dua pingat emas pada hari pembukaan, Khamis lepas.
Selepas merangkul gangsa dalam acara 500 meter ujian masa semalam, Fatehah dari Hulu Terengganu, itu mengalahkan pelumba China, Shi Jingjing dalam saingan akhir di Velodrom Indira Ghandi.
Kejayaan itu sekali gus menebus kekecewaan Fatehah meraih pingat perak pada kejohanan edisi lepas di Kuala Lumpur, tahun lepas.
Dalam pada itu, Malaysia turut meraih pingat gangsa menerusi Farihah Shahwati Mohd Adnan dalam kategori remaja perempuan pula selepas mengalahkan pelumba Korea Selatan, Im Sarang.
Pingat emas bagi kategori itu dimenangi pelumba Korea Selatan, Jang Yeonhee, manakala pingat perak menjadi milik pelumba India, Deborah.
Kelmarin, Fatehah hanya meraih pingat gangsa dalam acara pecut 500m individu wanita pada kejohanan di New Delhi itu.
Dia menamatkan perlumbaannya dengan memecahkan rekod kebangsaan di Velodrom Basikal Kompleks Sukan Indira Ghandi melalui catatan masa 35.581 saat.
Pingat emas acara tersebut milik pelumba Hong Kong, Lee Wai Sze dengan catatan masa 34.310s.
Fatehah berkata beliau gembira kerana catatan yang dilakukannya memperbaharui rekod kebangsaan selain berupaya mempertahankan pingat gangsa yang dimenanginya pada ACC tahun lepas di Kuala Lumpur. "Saya akan cuba untuk terus memperbaiki catatan masa yang dilakukan pada masa akan datang," katanya dipetik dalam kenyataan dikeluarkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).
Ketua Jurulatih negara John Beasley yang turut dipetik dalam kenyataan itu berkeyakinan pelumba itu berupaya untuk 'mencantas' lagi masa tersebut.
No comments:
Post a Comment