Wednesday, March 13, 2013

Ibu Allahyarham Farhan: ‘Lemah LonglaiLlutut Saya’

Roslawati (kiri) menahan sebak namun pasrah selepas menerima berita kematian anaknya akibat nahas jalan raya ketika menyertai Operasi Daulat di Lahad Datu, semalam.
”Lemah longlai lutut saya apabila menerima berita mengenai anak kedua saya yang terkorban dalam nahas jalan raya semasa menyertai Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah, petang tadi (semalam).

“Memang saya sering risaukan dia yang menyertai operasi itu, namun dia selalu tenangkan saya supaya jangan risau kerana menurutnya, dia dalam keadaan selamat, “ kata ibu anggota tentera terbabit, Roslawati Ghani, 47, ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Darul Naim 2. Pasir Tumboh semalam.
Allahyarham Ahmad Hurairah
 


Roslawati berkata, kali terakhir dia berhubung dengan anaknya itu, Prebet Ahmad Farhan Ruslan, 21, Jumaat lalu, melalui telefon bimbitnya.

“Walaupun masih terkejut, namun saya reda dengan pemergiannya dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan golongan beriman," katanya.

Roslawati berkata, ketika dia menerima berita daripada dua tentera yang datang ke rumahnya kira-kira jam 4 petang semalam, suaminya tiada di rumah kerana mempunyai urusan di Singapura.

Sementara itu, datuk mangsa, Ghani Mohamad, 67, berkata, walaupun sedih dengan pemergiannya itu namun dia bangga dengan semangat cucunya yang berkhidmat untuk mempertahankan negara.

“Walaupun sedih tetapi kami tetap reda dengan pemergiannya kerana ALLAH SWT lebih sayangkan dia.

Sementara itu,  Jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24 dan Ahmad Farhan Roslan, 21 tiba di Pangkalan TUDM Subang kira-kira jam 8 pagi tadi.

Jenazah Koperal Ahmad Hurairah Ismail yang tergugur ditembak kumpulan pengganas di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah semalam tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) .

Turut tiba ialah jenazah Koperal Ahmad Farhan Ruslan, dari Batalion Tiga Rejimen Askar Melayu Diraja, yang terbunuh dalam kemalangan di Cenderawasih dekat Lahad Datu semalam ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan Op Daulat.

Kedua-dua anggota itu yang merupakan prebet ketika tergugur dinaikkan pangkat sebagai koperal.

Pesawat yang membawa kedua-dua jenazah tiba kira-kira jam 7.45 pagi.

 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut ketibaan jenazah. Allyahyarham Koperal Ahmad Hurairah yang berusia 24 tahun, dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja berpangkalan di Tawau, gugur pagi semalam.

Kedua-dua jenazah kemudiannya diterbangkan ke Kelantan dan akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

Sehingga kini, 10 anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah yang bermula 12 Februari, manakala 56 pengganas ditembak mati.

SH Online

No comments:

Post a Comment