Wednesday, March 13, 2013

KR1M Keempat Di Terengganu Bakal Dibina Di Marang

Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) keempat di Terengganu akan dibuka di Marang dan dijangka memulakan operasi sebelum Jun ini, kata Timbalan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu Ab Ghani Harun.

Tiga KR1M yang ada sekarang ialah di Kuala Terengganu, Pulau Serai di Dungun dan Binjai di Kemaman.


Katanya pembukaan KR1M itu kelak diharap dapat meringankan beban penduduk sekitar Marang dalam mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian dengan harga yang murah berbanding harga pasaran.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Seminar Pengguna Bijak dan Penerangan Isu Harga anjuran Gerakan Pengguna daerah Dungun di Majlis Perbandaran Dungun oleh Ketua Perhubungan Umno Dungun Datuk Dr Rosli Mat Hassan di Dungun.

Mengenai seminar itu, Ab Ghani berkata ia adalah usaha PPDNKK dalam memberi penerangan kepada orang ramai bagi memastikan mereka memahami isu terbaru mengenai harga barangan di Malaysia.

No comments:

Post a Comment