Sunday, March 31, 2013

Liga Super - T-Team, Sang Penyu Terus Dirundung Malang

Nurul Azwan (kanan) hampir terjatuh selepas diasak pemain Terengganu, Rosdi Talib pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam semalam. Johor menang 3-2. 

Dua pasukan Liga Super Terengganu Terus Dirundung Malang Di Stadium Larkin, Johor Darul Takzim (JDT berjaya meraih tiga mata selepas menundukkan Terengganu 3-2, malam semalam.

Kemenangan membolehkan pasukan bimbingan Fandi Ahmad naik dua anak tangga untuk menduduki tangga ketiga liga dengan 19 mata hasil 11 perlawanan setakat ini. Gol JDT disumbangkan oleh Daniel Guiza pada minit ke-37, 45, dan Azwan Roya pada minit ke-49.

Gol Terengganu pula dijaringkan oleh Effa Owana pada minit ke-10 dan 55.

Sementara itu, petang semalam, hajat besar penyerang Pahang, Mohd Fauzi Rozlan (kanan) untuk meledakkan gol tertunai sudah apabila bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah bertemu T-Team.
 
Perlawanan antara ATM-Kelantan di Paroi malam kelmarin.


Dia berjaya meledakkan gawang T-Team membantu pasukannya menang . Penyerang berusia 25 tahun itu, sebelum itu bertekad untuk memastikan kemarau gol yang dialaminya sebelum ini dapat dipadamkan sekali gus boleh membantu pasukannya meraih kemenangan dalam perlawanan itu.

Penantian Fauzi yang dikenali dengan Kojie akhirnya tiba apabila dia dan Pahang meraih kemenangan bergaya.

Setelah gagal mencatat kemenangan dalam lima perlawanan sebelum ini, Pahang di bawah bimbingan Dollah Salleh berjaya menemui rentaj permainan apabila bangkit untuk meraih tiga mata.

Kemenangan ini membuatkan Pahang menduduki tangga keempat dengan mengutip 17 mata hasil 11 perlawanan setakat ini.

Dalam perlawanan semalam, selain sumbangan Kojie pada minit ke-43, gol Pahang disumbangkan oleh Faizol Hussein (ke-83) dan Gopinathan (ke-85).

Gol tunggal T-Team pula dijaringkan oleh Muinuddin pada minit ke-24.

Dalam konteks kedudukan carta liga, Lions XII merampas kedudukan pendahulu Liga Super selepas mengalahkan Negeri Sembilan 1-0 di Stadium Jalan Besar, malam semalam.

Kemenangan itu membolehkan Lions XII mendahului kedudukan carta liga dengan mengumpul 20 mata - kelebihan satu mata berbanding Selangor.

Dalam perlawanan itu, Shahril Ishak menjadi wira buat Lions XII apabila menjaringkan gol tunggal bagi memastikan tiga mata menjadi milik mereka. Sementara itu, Perak mencatat kemenangan 1-0 kepada PKNS di Stadium Shah Alam.

Malam kelmarin, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) gagal mempertahankan kedudukan pendahulu Liga Super selepas tewas 2-3 kepada Kelantan dalam saingan ke-11 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, malam ini.

Dengan kekalahan itu, ATM turun ke tangga kedua dan mengumpulkan 18 mata setakat ini.

Selangor pula untuk sementara malam kelmarin, mara ke tangga teratas dengan mengumpul 19 mata setelah berkongsi satu mata dengan Felda United dalam perlawanan petang tadi.

Dalam perlawanan itu, Indra Putra Mahayuddin membuka tirai jaringan buat Kelantan pada minit ke-28 sebelum Keita Mandjou meledak gol kedua pada minit ke-33.

Selepas itu, pemain import ATM, Marlon Alex James berjaya menyamakan kedudukan apabila menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada minit ke 53 dan 67.

Nor Farhan menjadi wira buat Kelantan apabila memastikan tiga mata penuh menjadi milik negeri itu dengan menjaringkan gol ketiga pada minit ke-90.

No comments:

Post a Comment