Seorang anggota polis sedang berkawal berhampiran tempat persembunyian kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu. |
Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner Datuk Jamsah Mustapa, berkata semua anggota dari Unit Penyiasatan Cawangan Penjenayah itu dihantar bertugas di negeri itu bermula semalam.
“Sekiranya masih ada permintaan dari Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, (PDRM) kita akan terus menghantarnya secara berperingkat-peringkat. “Setakai ini, mereka yang diarahkan itu tidak akan terlibat dengan operasi, sebaliknya hanya bertindak menyiasat bersama pasukan keselamatan lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Solat Hajat dan Bacaan Yasin, di Surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Kuala Terengganu hari ini.
Katanya, Polis Kontinjen Terengganu menyokong setiap apa tindakan dan rancangan pihak kerajaan untuk mengatasi pencerobohan penjenayah dan bagi menjaga keselamatan negara.
“Kami sebagai sebahagian anggota keselamatan negara akan terus berjuang walaupun pelbagai speklulasi dan fitnah ditimbulkan masyarakat,” katanya.
No comments:
Post a Comment