Anggota tentera mengaminkan doa sebelum meneruskan Op Daulat bagi mengesan saki baki pengganas bersenjata dari Selatan Filipina yang masih berlindung di Kampung Tanduo di Lahad Datu, hari ini. |
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata aspek ekstradisi ketua kumpulan itu, Jamalul Kiram II yang mengaku sebagai Sultan Sulu, yang kini berada di Filipina telah diajukan kepada rakan sejawatnya dari Filipina.
"Ketua mereka telah memberi kenyataan yang membangkitkan kemarahan dan kebencian. Apakah Filipina mempunyai undang-undang untuk mengheret dia ke mahkamah untuk tindakan sewajarnya.
"Sekiranya tidak, kemungkinan Malaysia akan meminta supaya pihak Filipina menyerahkan dia kepada kita," katanya dalam program Soal Jawab terbitan TV3 yang dihoskan oleh Datuk Ahmad A. Talib, malam semalam.
Beliau turut ditanya sama ada Malaysia akan memohon ekstradisi Jamalul Kiram III. Pencerobohan bermula 12 Feb itu mengorbankan lapan anggota polis Malaysia dalam usaha mengusir mereka dari Sabah.
Sambil menarik perhatian Malaysia tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Filipina, beliau berkata: "Oleh kerana semangat Asean, kita boleh minta ekstradisi meminta supaya mereka dibawa ke mari."
Beliau memperjelaskan bahawa sebarang tindakan undang-undang yang diambil akan berlandaskan kepada apa yang sesuai dan baik untuk pihak Malaysia dan Filipina.
"Opsyen kita terbuka sampai kita melangkah ke satu (tahap), dan kita membuat keputusan dan mengadakan perbincangan dengan pihak Filipina," katanya.
Beliau turut ditanya mengenai tindakan terhadap mana-mana penceroboh yang ditangkap sama ada akan didakwa di Malaysia atau dihantar pulang ke negara mereka.
"Ini tertakluk kepada perbincangan kita. Presiden (Filipina) meminta mereka menyerah diri dan balik ke negara mereka, dan Filipina berjanji akan ambil tindakan yang sewajarnya mengikut undang-undang mereka.
No comments:
Post a Comment