Tuesday, March 5, 2013

Polis Percaya Masih Ada Saki Baki Pengganas Di Kampung Tanduo

Tan Sri Ismail Omar (duduk dua dari kiri) dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (tiga dari kiri), mengadakan sidang media susulan operasi serangan ke atas kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, awal pagi tadi.
Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan susulan selepas serangan ofensif terhadap kumpulan pengganas itu dijalankan secara berhati-hati bagi memastikan keselamatan anggota polis dan tentera.

Anggota Polis membuat pemeriksaan dan mengawal ketat di jalan masuk ke Bandar Tawau, Sabah, Selasa. Polis Percaya Masih Ada Musuh Bersembunyi Di Kampung Tanduo, Tawau.

"Saya tidak mahu melihat anggota pasukan keselamatan menjadi mangsa," katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan tentera melakukan seranganofensif terhadap pengganas dari Sulu di Kampung Tanduo pada pukul 7 pagi.

Sementara itu, Ismail menafikan laporan media Filipina yang mendakwa kumpulan daripada keluarga Kiram menemui mayat anggota pasukan keselamatan

Malaysia dan dakwaan keluarga itu bahawa mayat penceroboh diperlakukan tanpa perikemanusiaan.

"(Kenyataan) itu tidak tepat sama sekali. Saya dukacita dengan laporan itu,sepatutnya mereka merujuk kepada pihak rasmi," katanya.

Beliau berkata laporan seumpama itu adalah satu dakyah yang boleh menggugatketenteraman awam di Sabah.

Hakikatnya iada kecederaan atau kemalangan di kalangan pasukan keselamatan Malaysia, malah kumpulan bersenjata Sulu telah ditumpaskan oleh pasukan keselamatan Malaysia dalam kejadian tembak-menembak secara besar-besaran bermula pukul 7 pagi Selasa, kata sumber polis.

Pasukan keselamatan Malaysia berada di peringkat keempat dalam Ops Sulu apabila mereka mengawal keselamatan kampung yang dikepung oleh kira-kira 100 lelaki bersenjata.

Mereka adalah pengikut kepada seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, selain menegaskan bahawa saudaranya mengetuai kumpulan itu untuk berada di Tanduo sehingga mati walaupun tarikh akhir dilanjutkan kepada mereka untuk meninggalkan kawasan itu tanpa pertumpahan darah.

Rundingan untuk menyelesaikan pencerobohan telah dilakukan secara aman telah gagal dan pada pagi ini, jet pejuang tentera negara melakukan serangan, diikuti oleh pasukan polis elit yang turut menghadapi pertempuran itu.

Ketua Polis Negara memberitahu pemberita pada pukul 11.30 pagi Selasa bahawa tiada mangsa di kalangan rakyat Malaysia tetapi bilangan mangsa untuk lelaki bersenjata masih tidak diketahui.

Keadaan di semua bahagian pantai timur Sabah adalah terkawal dengan pemantauan oleh pihak polis dan tentera.

Pasukan keselamatan turut mengawal ketat di beberapa lokasi strategi di mana mereka diancam oleh pengikut Sultan Sulu kononnya akan berlakunya serangan balas sekiranya penceroboh Sulu dikalahkan.

No comments:

Post a Comment