Sunday, March 31, 2013

URM Terima ,1,000 Motosikal Berkuasa Tinggi

Datuk Seri Najib Razak beramah mesra dengan anggota Unit Rondaan Bermotosikal PDRM (URB) sambil diperhatikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (kanan) selepas melancarkan Majlis Unit Bermotosikal PDRM di Subang, semalam. 
Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bakal menerima 1,000 lagi unit motosikal berkuasa tinggi bagi menjaga keselamatan di kawasan bandar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu mengambil langkah segera untuk memberi latihan kepada anggotanya supaya cekap dalam melakukan tugasan.

Najib diringi  Ismail \bersalaman dengan sebahagian orang ramai yang hadir.

 Beliau juga berkata peruntukan yang diberikan kepada pasukan URB adalah langkah kerajaan untuk terus membendung jenayah di kawasan bandar dan meningkatkan keamanan. "... saya akan umumkan kerajaan akan menambah peruntukan khas sebanyak 1,000 lagi unit untuk URB.

"Kita sudah lancar awal sejak September tahun lepas, awal enam bulan, dan kita akan lancar 1,000 unit URB lagi bulan ini dan kita akan kuatkuasakan segera, PDRM perlu bagi latihan kepada anggota terlibat.

"Ini adalah jaminan kerajaan kepada rakyat untuk berada dalam keadaan aman, kalau anak-anak keluar bermain di padang, mereka akan selamat, kalau kita keluar rumah dan tinggalkan dalam keadaan berkunci, rumah akan selamat dan lain-lain," katanya pada majlis pelancaran Unit Rondaan Bermotosikal Polis Diraja Malaysia di Stadium Mini, Kompleks Kemudahan Kemasyarakatan (3K), Majlis Perbandaran Subang Jaya, SS13 semalam.

September lalu, Najib telah melancarkan 1,000 unit pertama URB.

Mengulas lanjut, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kadar jenayah pada tiga bulan pertama tahun ini telah turun sebanyak enam peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Najib juga berkata, masyarakat perlu bekerjasama dengan anggota keselamatan untuk mengurangi kadar jenayah negara, dan meyakini PDRM.

No comments:

Post a Comment