Badan Kebajikan dan Kemanusiaan Mukim Sungai Karang/Beserah (Bakkis) meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytihar cuti di Kelantan, Kedah dan Terengganu pada 5 Mei.
Yang Dipertuanya, Wan Azlan Wan Salleh berkata cuti itu perlu diselaras di seluruh negara bagi membolehkan rakyat, terutama penduduk di negeri terbabit, menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya umum ke-13.
"Di tiga negeri itu - Terengganu, Kelantan dan Kedah - Ahad merupakan hari bekerja, kami merasakan ia akan menyukarkan rakyat untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi," katanya kepada pemberita semalam.
Selain itu, beliau berharap sektor swasta yang beroperasi pada hari pengundian, akan dapat memberi cuti kepada pekerjanya.
Dalam perkembangan lain, Wan Azlan yang juga Ketua Cawangan Umno Balok Paine, Beserah, menyerahkan borang keahlian kepada tiga anggota PAS daripada satu keluarga di Kampung Balok di Kuantan.
Ketua keluarga itu, Tawang A.Bakar, 78, berkata beliau menganggotai PAS sejak 1989 dan kini berhasrat menyertai Umno selepas mendapati parti pembangkang itu tidak lagi memperjuangkan Islam.
"Apa yang berlaku sekarang, parti Umno yang sebenarnya telah banyak membantu memajukan orang Melayu dan Islam," katanya.
Sementara itu, isteri Tawang iaitu Maimun Abdul Rahman, 70, dan anaknya, Malik, 43, turut berminat menyertai Umno.
No comments:
Post a Comment