Thursday, April 4, 2013

189 Produk Kosmetik, Ubat Haram Dirampas Di Pasar Siti Khadijah

Sebanyak 189 pelbagai jenis produk kosmetik dan ubat yang disyaki tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan dirampas oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu semalam.

Serbuan tersebut yang disertai seramai 24 pegawai bahagian itu dan dibantu 27 anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) telah menjalankan pemeriksaan ke atas 10 gerai yang didapati menjual produk tersebut.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri, Mohd. Zahariman Harun berkata, operasi terbabit dilakukan bagi memeriksa produk kosmetik dan ubat yang tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan.

No comments:

Post a Comment