Thursday, April 4, 2013

Menteri Besar Ajak Umat Islam Terus Bersatu


“Setiap umat Islam yang bergelar “Klalifah” mestilah berpaksikan akidah dalam mengamalkan kehidupan harian supaya tidak lari daripada perjuangan sebenar Islam,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Katanya, salah satu misi kehidupan ialah memakmur dan membangunkan dunia serta mengelak daripada memusnahkannya.

Menurutnya,apa yang berlaku sekarang umat Islam sudah lari daripada amalan hidup dalam perpaduan sebaliknya ada pihak cuba memecah-belah sesama Islam.


“Inlah yang sedang berlaku di seluruh dunia Islam kerana ada pihak yang ingin menghancurkan umat Islam,” katanya ketika merasmikan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Mini Besut, Kampung Raja, malam kelmarin.

Menurutnya, misi inilah Nabi dan Rasul diutuskan bagi mempastikan manusia menjulang amanah besar mereka.

Hadir sama pada majlis itu ialah Yang Dipertua DUN Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Setiusaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Majlis tilawah tiga malam yang akan berakhir malam ini bertemakan “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Umah” disertai 16 peserta dari seluruh daerah negeri ini.

 Menteri Besar berkata, selaras dengan perkembangan akal manusia,tamadun serta peradaban siasah menjadi elimen penting yang tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan manusia.

Sementara itu, kesedaran umat Islam di Terengganu untuk menghayati bacaan kitab suci Al Quran amat mengkagumkan apabila semakin ramai peserta yang menyertai Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Terengganu tahun ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri,Dato’ Mazlan Ngah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Negeri berkata,minat masyarakat Islam negeri ini terhadap tilawah terbukti mendapat sambutan apabila 123 peserta menyertai tilawah pada peringkat awal.

Katanya, daripada jumlah itu peserta daerah Besut paling ramai menyertainya apabila 31 peserta mengambil bahagian. Pecahan mengikut daerah ialah Kuala Terengganu, 17, Kamaman (15), Dungun (15), Hulu Terengganu (16), Marang (11) dan Setiu 18.

Bagaimanapun,katanya, daripada jumlah itu hanya 16 peserta terbaik yang dipilih mewakili setiap daerah menerusi saringan berjaya menyertai majlis tilawah peringkat negeri.

Majlis selama tiga malam bermula malam tadi dan dirasmikan oleh Menteri Besar dan upacara penutup dan penyampaian hadiah kepada peserta akan diadakan malam oleh DYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abiddin.

Teganukita

No comments:

Post a Comment