Tuesday, April 30, 2013

3 Exco Kerajaan Negeri Kedah Lepas Jawatan, 3 Exco Terengganu Tetap Bersama BN

Rosol
 "Walaupun ada ‘spin jahat PAS’ yang mahu melaga-lagakan bekas ADUN UMNO dengan kepimpinan negeri serta calon baru, ia langsung tidak berjaya. Rakyat dapat melihat dengan jelas bagaimana ADUN yang digugurkan seperti Ramlan Ali (Jabi), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Rosol Wahid (Ajil) serta Zawawi Ismail (Kuala Berang), terus menabur bakti."


Baca dan bandingkan!
 
Tan Chu Kang
Tiga exco kerajaan negeri Kedah melepaskan kesemua jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai protes kerana digugurkan sebagai calon pada pilihan raya umum, 5 Mei ini.

Lim Soo Nee
Datuk S. Manikumar, Tan Chu Kang dan Lim Soo Nee berkata, mereka kecewa dengan kepimpinan parti kerana menggugurkan mereka tanpa sebarang pemberitahuan.

"Malah kepimpinan parti tidak mempunyai niat untuk menghubungi atau sekurang-kurang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memberitahu bahawa kami tidak akan mempertahankan kerusi masing-masing," kata Manikumar.

Ketiga-tiga mereka meninggalkan kesemua jawatan dalam PKR tetapi kekal sebagai ahli biasa kerana mereka tidak mahu dituduh melompat parti kerana wang.
S. Manikumar

"Kami melepaskan semua jawatan secara bermaruah dan penuh bangga," katanya pada sidang media di Alor Setar.

Sebaliknya di Terengganu, exco yang digugurkan mempertahankan kerusi mereka terus setia bersama UMNO dan tidak melakukan sebarang protes seperti di kedah itu.

Malah, mereka turut memberikan sokongan padu kepada calon yang menggantikan mereka sebagai bukti tiada ‘cah keting’ di Terengganu. Bekas Exco berkenaan - Khazan Che Mat (Batu Rakit) (gambar kanan) , Ashaari Idris (Langkap) serta Datuk Mohd Awang Tera (Chukai) menerima hakikat dan ketentuan Allah dengan terus berbakti dalam parti.

Kerana itulah, semalam Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memuji tindakan rasional mantan wakil-wakil rakyat BN di negeri ini yang giat turun padang bagi membantu calon parti itu memenangi PRU13.

Ramlan
Selain itu walaupun ada ‘spin jahat PAS’ yang mahu melaga-lagakan bekas ADUN UMNO dengan kepimpinan negeri serta calon baru , ia langsung idak berjaya. Rakyat dapat melihat dengan jelas bagaimana ADUN yang digugurkan seperti Ramlan Ali (Jabi), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Rosol Wahid (Ajil) serta Zawawi Ismail (Kuala Berang), terus menabur bakti.

Ahmad Said yang yang juga Menteri Besar, berkata situasi tersebut merupakan petanda baik kepada BN yang mengemukakan kira-kira 45 peratus muka baru bagi PRU13 yang dianggap paling sengit dalam sejarah politik tanah air.

Sikap rasional itu menolak desas desus yang tersebar luas sebelum ini kononnya bekas wakil rakyat berkenaan dan penyokong masing-masing akan memboikot pilihan raya kali ini.

“Sikap yang ditampilkan itu cukup profesional dan dihormati pelbagai pihak, mereka faham situasi, ketika calon itu ingin bertanding dulu, ramai yang membantu, kini tiba giliran dia pula yang membantu calon PRU13.

“Pada masa sama, saya ingin mengingatkan penyokong BN agar terus setia kepada parti yang memerintah demi masa depan generasi muda yang akan menempuh perjalanan panjang selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Imbuhan Kecemerlangan Kepada Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) dan Juruteknik Komputer (TSO) di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam.

Seramai 561 EIO dan TSO hadir menerima imbuhan kecemerlangan antara RM1,000 hingga RM1,200 setiap individu yang disampaikan Menteri Besar.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri memerangkap Pengerusi Tesdec Sdn Bhd Haji Rozi Mamat dan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Encik Zakaria Husin.

Datuk Seri Ahmad Said amat terharu dengan bantuan yang dicurahkan bekas wakil rakyat BN dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang disifatkan sebagai ahli politik tulen dan faham dengan percaturan politik semasa.

Katanya, mereka kelihatan ceria dan sanggup bersengkang mata sehingga larut malam bagi membantu calon- calon BN, termasuk muka baru yang akan bertanding pada PRU13.

No comments:

Post a Comment