Tuesday, April 30, 2013

Nik Aziz, Isteri Sebenarnya Mewah Harta

Ibrahim (dua dari kiri) menunjukkan dokumen berkaitan dengan dakwaan Nik Abdul Aziz dan Tuan Sabariah memiliki 27 lot tanah di Kota Bharu semalam. 
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isterinya, Tuan Sabariah Tuan Ishak didakwa memiliki 27 lot tanah di daerah Kota Bharu yang nilainya boleh mencecah lebih RM10 juta.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dikatakan memiliki 14 lot tanah seluas 1.78 hektar di kawasan bernilai tinggi di Bandar Baru Tunjong di Kota Bharu yang dianggarkan bernilai lebih RM4 juta berdasarkan harga semasa.

Kesemua tanah itu didakwa dimiliki selepas tahun 1990 iaitu ketika menjadi Menteri Besar Kelantan.

Tuan Sabariah pula dipercayai memiliki 13 lot tanah di sekitar Kota Bharu dengan dua daripadanya telah dipajak kepada Petronas selama 40 tahun untuk membina stesen minyak Petronas di Pulau Melaka.

Perkara tersebut didedahkan oleh calon Bebas Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa senarai pemilikan tanah tersebut diperoleh dari Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu.

“Persoalannya, bagaimana cara beliau menerima tanah tersebut sedangkan pada ketika itu beliau merupakan ketua kerajaan. Apakah wujud sesuatu yang tidak betul?” dakwa Ibrahim pada sidang akhbar di Kota Bharu, semalam.

Turut hadir ialah peguam, Nor Azli Ahamed dan Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad.

Sambil menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai hipokrit kelas pertama dunia, Ibrahim tidak menyangka pemimpin Pas itu yang digambarkan selama ini tidak menggemari harta seperti Umar al-Khattab oleh penyokong-penyokong tegar parti itu, sebenarnya mempunyai banyak harta.

Ibrahim menegaskan, pendedahan yang dilakukannya itu bukan bertujuan menuduh Nik Abdul Aziz telah menyalah guna kuasa, sebaliknya mahu mendapatkan penjelasan daripada tokoh pembangkang itu mengenai perolehan harta-harta tersebut.

Kosmo!

No comments:

Post a Comment