Friday, April 19, 2013

4,996 Borang Penamaan Calon Telah Dijual - SPR

Sebanyak 1,466 borang penamaan calon iaitu Borang 4 untuk Parlimen dan 2,533 Borang 4A untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pilihan raya umum ke-13 telah dijual kepada parti politik setakat semalam.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, selain itu, sebanyak 301 Borang 4 serta 696 Borang 4A telah dijual kepada calon Bebas menjelang hari penamaan calon, esok.

"Daripada jumlah itu, Sabah merupakan negeri yang mencatatkan penjualan borang tertinggi dengan 205 Borang 4 dan 361 Borang 4A telah dibeli.

"Sementara 205 Borang 4 dan 485 Borang 4A dibeli calon bebas,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, malam tadi.

No comments:

Post a Comment