Monday, April 22, 2013

Mat Taib Sertai PAS Selepas Menyedari Pembangunan di Selangor 'Kosong'


Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini melangkah ke 'dunia baru' yang  dengan harapan tinggi iaitu memperjuangkan idea PAS dalam mengetengahkan nilai-nilai Islam dipraktikkan dalam setiap aspek kehidupan, terutamanya di Lembah Klang.

Beliau berharap pembangunan di Lembah Klang yang diterapkan nilai Islam itu akan dapat menjadi contoh kepada kawasan lain untuk mengikutinya

Malah, Muhammad berkata dia mahu menyertai PAS selepas menyedari pembangunan di Selangor kosong tanpa pembangunan jiwa dan rohani.

Beliau secara rasminya menyertai Pas apabila beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Muhammad yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Tertinggi Umno itu menyerahkan borang keahlian Pas pada jam 11.30 pagi dalam satu sidang media khas.

Penyerahan itu disaksikan barisan pimpinan tertinggi Pas yang hadir, antaranya Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din; Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib merupakan bekas Menteri Besar Selangor ke-11 dan menggalas jawatan itu selama hampir 12 tahun sejak 1986.

Beliau juga pernah digelar 'Mat Tyson' dilantik sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 2008, namun Muhammad berkhidmat dalam tempoh yang singkat, iaitu hampir dua tahun sahaja.


Menurut Abdul Hadi, pengisytiharan Muhammad untuk menyertai Pas sengaja dilakukan pada hari ini, iaitu selepas penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Sabtu lepas bagi mengelakkan daripada timbulnya isu beliau mahu bertanding dan jawatan dalam parti.

"Lebih baik pengisytiharan dilakukan lepas penamaan calon bagi melahirkan keikhlasan, jadi tak timbul dia nak jadi calon.

"Lagi pun lepas penamaan calon, kita tahu tak boleh kuasai media perdana untuk umumkan perkara ini," katanya.

Sementara itu, Haron berkata saat yang dinantikan sejak 20 tahun lalu ketika mengenali Muhammad, kini menjadi kenyataan.

Ini adalah kerana semasa Muhammad menjadi Menteri Besar, Haron kerap kali dijemput memberikan ceramah di rumah beliau kerana minat yang mendalam terhadap ilmu agama walaupun mengetahui Haron adalah aktivis Pas pada waktu itu.


 "Tidak mustahil suatu hari nanti Tan Sri akan sertai Pas," katanya.

Muhammad berkata beliau akan berkempen di Lembang Klang dan kawasan bandar di negara ini dengan menerapkan nilai-nilai murni yang diajarkan dalam Islam.


Muhammad, 65, berkata beliau mahu menyertai PAS tahun lalu namun terpaksa menangguhkan keputusannya untuk menunggu masa yang lebih sesuai.

 "Saya bersetuju untuk menyertai PAS dua hari selepas penamaan calon supaya dapat dapat menghilangkan tuduhan yang saya melakukannya untuk mendapatkan kuasa dan mahu menjadi calon dalam pilihan raya kali ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur  hari ini.

Bagaimanapun, Muhammad tidak menjawab sebarang pertanyaaan daripada pihak wartawan apabila beliau bergegas untuk memberi ruang kepada mesyuarat pimpinan PAS pusat.

Bekas naib presiden Umno,  berkata beliau percaya PAS merupakan satu-satunya parti yang boleh membimbing Malaysia ke arah Islam.

"Hanya PAS boleh bawa kesedaran," katanya dalam satu sidang media selepas menyerahkan borang keahliannya kepada presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya mesti menyokong parti yang boleh membawa kepada panduan (Islam)," tambahnya.

Bekas menteri besar Selangor itu mengakui bahawa BN telah membawa pembangunan di Malaysia, namun pembangunan itu, menurutnya, dijalankan "tanpa roh."

"Islam mesti berkembang dari bandar-bandar, seperti Mekah dan Medinah menjadi pusat penyebaran Islam ketika zaman Nabi Muhammad.

"Sepatutnya bandar-bandar menjadi pemancar kepada agama Islam" "Lembah Kelang adalah Metropolis, sepatutnya menjadi panduan kepada (penduduk luar bandar)," katanya lagi.


Laporan hari ini menyebut, Muhammad yang berkempen untuk calon PKR di Hulu Selangor semalam juga dijangka akan tampil sekali lagi bersama ketua umum parti berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pilihan raya umum 5 Mei.

Menurut laporan Sinar Harian, Muhammad hadir ke majlis itu untuk menyatakan sokongan ke atas calon PKR bagi kerusi parlimen Hulu Selangor Khalid Jaafar dan juga Datuk K Ramachandran, calon parti berkenaan untuk kerusi DUN Batang Kali.

"Beliau turut menjulang tangan saya bersama Datuk Ramachandran sebagai sokongan terhadap pencalonan kami di kawasan ini.

"Mat Taib turut dijangka menghadiri program bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Mei ini, insya-Allah," kata Khalid seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian.

Laporan itu menyebut, Muhammad hadir bersama hampir 2,000 orang di majlis anjuran Persatuan Bengkulu Malaysia di Sungai Choh, di Batang Kali itu.

Penyertaan Muhammad ke dalam Pakatan dijangka akan memberi peluang kepada Pakatan untuk mengukuhkan lagi serangan ke atas pentadbiran BN – khususnya berhubung skandal tanah yang berlaku semasa pentadbiran Muhammad sebagai menteri besar.

Muhammad dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai anggota PAS hari ini. Penampilan bekas ketua perhubungan Umno Selangor itu mencuri perhatian ramai pihak selepas beliau memencilkan diri dari publisiti media selepas tewas dalam pertandingan untuk merebut jawatan timbalan presiden Umno pada 2009.

No comments:

Post a Comment