Pemain Kedah Akhmal Rizal (jersi kuning) bertembung dengan pemain Sarawak, Mohd Azizan Baba pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Darul Aman di Alor Setar semalam. |
Beraksi di hadapan lebih 12,000 penyokong, tuan rumah bermula garang apabila pemain sayap kiri, Mohd. Khairul Ramadhan membuat percubaan dari luar kotak penalti, namun tersasar ke sebelah kiri gawang pelawat seawal minit pertama.
Mohd. Nazmi Faiz memakai no 33 untuk PKNS |
Norshahrul hampir membuka jaringan pada minit ke-12 tetapi rembatannya berjaya ditepis penjaga gol, Md. Sharmiza Yusof.
Penyerang kebangsaan itu bagaimanapun berjaya menebus kehampaan pada minit ke-24 selepas menghukum kesilapan Md. Sharmiza yang tersilap percaturan dengan menerpa keluar terlalu awal.
Gol tersebut menyentap semangat anak-anak buah E.Elavarasan yang cuba menggandakan asakan ke kubu lawan, namun dihampakan oleh ketumpulan jentera serangan yang diterajui pemain import, Jean-Emmanuel Effa Owona.
Bermula babak kedua, Johor Darul Takzim mula mengendurkan asakan ke kubu tuan rumah. Peluang tersebut digunakan sebaiknya oleh Terengganu untuk melancarkan serangan bertali-arus ke kubu pelawat dalam usaha untuk memburu gol penyamaan.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila beberapa percubaan berjaya dinafikan oleh kekentalan benteng pertahanan pelawat yang diterajui pemain kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Razak.
Bertambah parah, jaringan penyamaan oleh pemain pertahanan Terengganu, Hasmizan Kamaruddin pada minit ke-88 dibatalkan pengadil, Lismotia Mohem Mohd. Tisan kerana pemain itu sudah berada dalam posisi ofsaid.
Pelawat juga hampir menggandakan jaringan pada masa kecederaan namun rembatan penyerang gantian, Mohd. Safee Sali sekadar menggegar tiang gol tuan rumah.
Perlawanan seterusnya, JDT akan bertemu Pahang yang akan berlangsung di Stadium Larkin pada 19 April ini.
Sementara itu dalam satu lagi perlawanan Liga Super di Stadium TLDM Lumut, Perak gagal meraih mata penuh apabila diikat PKNS dengan keputusan seri 2-2.
Kemunculan sulung pemain berbakat negara, Mohd. Nazmi Faiz nyata memberikan impak tersendiri kepada PKNS apabila hantarannya kepada Patrick Ronaldinho pada minit keenam dapat disudahkan oleh penyerang Liberia tersebut.
Bagaimanapun, Perak berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-26 melalui Abdul Hadi Yahaya sebelum pemain import terbaru Kejor Yob Kejor, Paulo Rangel meletakkan skuad Seladang itu di hadapan pada minit ke-50.
Namun begitu, Ronaldinho memusnahkan harapan Perak dengan gol penyamaan pada minit ke-75, sekali gus menghalang impian anak-anak buah Azraai Khor Abdullah untuk memintas kedudukan PKNS dalam carta liga.
UM Online
.
No comments:
Post a Comment