Saturday, April 13, 2013

Najib Janji Tunai Lebih Banyak Harapan Generasi Muda Jika Menang PRU-13

Najib Tun Razak melambaikan tangan kepada lebih 7,000 generasi baru yang hadir pada program Suara Generasiku di Dewan Seri Putra, Kompleks Sukan Bukit Jalil, semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjanji akan menunaikan lebih banyak harapan generasi muda jika mendapat mandat untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan saja tidak pernah meminggirkan golongan muda tetapi menjalankan pelbagai program untuk golongan itu di negara ini.

Antaranya, kata beliau ialah program untuk menggalak kesukarelawan 1M4U, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan bujang yang berpendapatan RM2,000 ke bawah dan Skim Latihan 1Malaysia untuk meningkatkan kompetensi belia.

"Kita akan berusaha gigih hari ini supaya melalui usaha yang tersusun dan dengan pelaksanaan yang berkesan, kita akan melakar masa depan yang penuh dan sarat dengan harapan," katanya ketika melancarkan program 'Suara Generasiku' di Dewan Sri Putra, Stadium Bukit Jalil di semalam.

Turut hadir pada majlis anjuran Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia itu ialah isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

No comments:

Post a Comment