MIC telah memuktamadkan senarai nama calon yang akan bertanding bagi sembilan kerusi parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri yang diperuntukkan kepada parti itu oleh Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, isu calon telahdibincangkan dan diselesaikan walaupun pada mulanya menghadapi sedikit masalah untuk memastikan calon yang sesuai bagi parti itu.
Katanya, walaupun senarai calon MIC sudah dimuktamadkan, namun parti itu mungkin akan melakukan pertukaran satu atau dua kerusi dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
"Kita akan putuskannya selepas mengadakan perbincangan secara sulit. Kita tidak seperti pakatan pembangkang yang sentiasa menuntut sesuatu kerusi pilihan raya secara terbuka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis peringatan Setiausaha Akhbarnya, B. Sivam yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya bulan lepas
Sivam, 35, dan pemandunya terbunuh apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 232 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di Rembau pada 28 Februari lepas.
Pada pilihan raya umum yang lalu, MIC menang tiga kerusi Parlimen dan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Parti itu hanya mengekalkan kerusi Parlimen di Tapah, Cameron Highlands dan Segamat dan menawan semula Hulu Selangor pada pilihan raya kecil kemudiannya.
Tsunami politik pada 2008 menyaksikan MIC hanya menang kerusi DUN di Asahan (Melaka); Gambir, Kahang, Permas, Tenggaroh (Johor); Sabai (Pahang) dan Jeram Padang (Negeri Sembilan).
Mengenai perkembangan terkini program MyDaftar Kebangsaan, Dr Subramaniam, yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, setakat ini, kira-kira 7,000 orang sudah menerima dokumen pengenalan diri yang sah.
Kempen MyDaftar yang dilancarkan pada Februari 2011 bagi menangani masalahketiadaan dokumen pengenalan diri terutamanya di kalangan masyarakat keturunanIndia di negara ini.
"Pada 4 April ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dijangka membuat pengumuman mengenai kelulusan (permohonan) baharu dan menyampaikan sijil kepada mereka yang sudah mendapat kelulusan, baru-baru ini, pada satu majlis di Sentul," katanya, sambil menambah kempen MyDaftar merupakan satu kempen yang dijalankan secara berterusan.
No comments:
Post a Comment