Monday, April 15, 2013

PRU-13 : Mufti Kelantan Nasihat Rakyat Berkempen Secara Sihat


Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menasihati umat Islam supaya melaksanakan tanggungjawab semasa berkempen pada pilihan raya umum ke-13 secara berhemah dan mengikut lunas-lunas Islam.

Katanya selain menjaga nama baik umat Islam, mereka juga perlu menjaga tata susila sebagai rakyat yang bertamadun dan matang dalam membuat pemilihan sesebuah kerajaan.


Beliau meminta masyarakat menolak kempen-kempen politik liar yang bolehmenjejaskan keamanan negara kerana ia bertentangan dengan prinsip dan dasarIslam untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.

"Kita jangan biarkan pilihan raya menjadi tragedi yang boleh menjejaskan kepada keamanan, bangsa dan negara," katanya kepada pemberita di pejabatnya, di Kota Bahru, semalam.

Mohamed Shukri juga mahu rakyat menyuburkan semangat demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan di negara ini dengan menghormati undang-undang dan peraturan pilihan raya. Hari penamaan calon ditetapkan pada 20 April manakala hari pengundian pada 5 Mei.

No comments:

Post a Comment