Thursday, April 18, 2013
SUK Sebar Berita, Ilmu Melalui Buletin SUK Lening
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK) menerbitkan buletin SUK Lening bagi menyampaikan berita berkaitan aktiviti dan program jabatan itu sebagai medium perkongsian ilmu serta maklumat untuk manfaat semua lapisan masyarakat khususnya penjawat awam negeri.
Pelancaran buletin edisi pertama 2012 itu disempurnakan SUK Negeri, Datuk Mazlan Ngah pada majlis perhimpunan bulanan kakitangan Wisma Darul Iman, pagi semalam.
Penerbitan buletin secara dwitahunan di mana Dattuk Mazlan selaku penaung dan dibantu Ketua Editor, Afnida Alwi (Ketua Penolong SUK (Korporat) serta kakitangan Bahagian Korporat SUK.
Mazlan berkata, selaras dengan slogan `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ yang akan menjadikan pentadbiran awam negeri yang cemerlang berteraskan profesionalisme, integriti dan berteknologi terkini demi mencapai matlamat sebagai `Terengganu Maju 2020’.
Buletin ini juga mampu menjadi satu medium pelaksana dasar kerajaan yang cekap, berpengetahuan selain mengamalkan budaya mesra pelanggan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan serta daya saing negara.
“Apatah lagi dalam era dunia tanpa sempadan, semua penjawat awam harus berdepan dengan ledakan teknologi maklumat sebelum melangkah ke alaf baru yang memerlukan masing-masing melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan dan kebolehan dalam pelbagai bidang ” katanya.
Teganukita
No comments:
Post a Comment