Monday, May 20, 2013

Anggota Umno Diseru Eratkan Kembali Perpaduan Selepas PRU13

Semua anggota Umno diseru mengeratkan semula perpaduan untuk memastikan kekuatan parti kembali utuh selepas menghadapi cabaran getir pada pilihan raya umum ke-13.

 Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata dalam keadaan parti yang agak parah diserang pembangkang pada pilihan raya umum lepas, anggota parti tidak boleh lagi terlalu ghairah dan berbalah tentang soal kuasa yang akhirnya hanya akan melemahkan Umno.


"Kalau kita asyik berbalah, kita akan mati 'dibunuh' secara politik, biarlah kita berlawan secara sihat kerana yang penting kita perlu fikirkan tentang perpaduan bukan sahaja di kalangan anggota parti tetapi juga rakyat," katanya di Pontian, semalam.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai mesyuarat pemilihan Umno peringkat cawangan yang akan bermula tidak lama lagi. Ahmad ditemui selepas majlis penyerahan kunci rumah baharu nelayan di Kampung Seri Tanjung di Pontian.

Ahmad berkata semua anggota Umno yang terlibat perlu mengamalkan sikap berkompromi dan perbincangan untuk mengelakkan sebarang perselisihan faham yang boleh menjejaskan parti.

No comments:

Post a Comment