Monday, May 27, 2013

MSNT Mulakan Program Cari Bakat Badminton

Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) telah memulakan program pencarian bakat badminton bagi kanak-kanak berumur 8 hingga 10 tahun dengan program pertama di Stadium Negeri di Kuala Terengganu, kelmarin.

Pengarah MSNT Zainal Abidin Husin berkata lebih 100 kanak-kanak lelaki dan perempuan menyertai program tersebut.

"Program ini akan diadakan setiap hujung minggu dan ia akan berjalan berterusan," katanya dan menurutnya program sama turut diadakan di daerah-daerah.

Beliau berkata MSNT berharap dalam tempoh lima tahun dari sekarang, Terengganu akan dapat melahirkan ramai pemain badminton berkaliber.

Dalam perkembangan lain, Terengganu akan menjadi tuan rumah kejohanan badminton remaja pada Ogos ini.

Presiden Persatuan Badminton Terengganu Datud Syed Abu Bakar Abdullah berkata inilah peluang peminat-peminat badminton Terengganu menyaksikan aksi pemain-pemain remaja.

No comments:

Post a Comment