Sunday, May 12, 2013

Tsu Koon Letak Jawatan 16 Mei Ini


Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon hari ini mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Presiden Parti Gerakan berkuat kuasa pada 16 Mei ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi mengambil tanggungjawab penuh atas kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 baru-baru ini.

Katanya, Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn akan memangku jawatan sebagai Presiden sehingga pemilihan parti diadakan pada Oktober tahun ini.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan pemimpin dan ahli Gerakan selama saya berkhidmat di dalam parti ini. Telah banyak kenangan pahit manis kita lalui bersama.

"Saya akan terus memberi sokongan kepada parti melalui apa sahaja khidmat yang saya boleh berikan terutama dalam melatih pelapis untuk parti," katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan perkara itu di ibu pejabat Gerakan di Georgetown semalam.

No comments:

Post a Comment