Keadaan mangsa yang kurus dan amat lemah ketika diselamatkan. |
Kedua-dua belah kaki mangsa yang cedera parah . |
Ketika diserbu, polis mendapati ada dua kanak-kanak dipercayai adik kepada mangsa dera, yang masing-masing berusia lima dan dua tahun setengah bersama pasangan berkenaan, katanya .
"Sebaik menerima maklumat, kita terus melakukan serbuan dan berjaya menahan suspek yang merupakan penagih tegar," katanya menambah dua kanak-kanak yang ditemui bersama pasangan itu berada dalam keadaan sihat.
Katanya ujian saringan air kencing mendapati suspek berusia 25 tahun dan ibu kanak-kanak itu yang berusia 28 tahun positif dadah jenis Methamphetamine.
Suspek yang bekerja sebagai buruh kini ditahan untuk siasatan lanjut, manakala wanita yang dipercayai isterinya serta dua kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
"Siasatan awal kita dapati terdapat kesan dera pada dua kanak-kanak ini dan kita masih menunggu laporan penuh dari pihak hospital berhubung kecederaan yang dialami dua beradik itu," katanya menambah ibu kanak-kanak terbabit mengalami patah tangan.
Terdahulu hari ini, Bernama melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun bukan sahaja dipukul dan dicucuh puntung rokok tetapi juga dikurung dan dibiarkan kelaparan selama beberapa hari dalam kejadian di sebuah rumah di Gong Badak.
Kanak-kanak itu berjaya diselamatkan pasukan polis pada pukul 4.30 petang semalam, susulan laporan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) yang menerima maklumat orang awam berhubung tangisan kanak-kanak dari rumah tersebut.
No comments:
Post a Comment