Pengagihan Dana Raya tahun lepas. |
Katanya seperti tahun-tahun sudah, bantuan antara RM200 dan RM300 itu akan diberi kepada empat golongan iaitu ibu tunggal, warga emas, orang kurang upaya dan keluarga miskin.
"Bagaimanapun untuk pembahagian tahun ini kita akan teliti dulu garis panduan yang akan dikeluarkan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu, di sKuala Terengganu, semalam.
Penduduk Batu Rakit mendaftar untuk menerima Dana Raya 2012. |
Menurut Mazlan, agihan akan disalur kepada penduduk di semua kawasan dewan undangan negeri (DUN) di Terengganu.
Tahun lepas kerajaan Terengganu membelanjakan RM51 juta di bawah program itu.
Pelaksanaan program itu menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat selepas Barisan Nasional Terengganu mengekalkan kuasa dengan kemenangan tipis iaitu hanya 17 daripada 32 kerusi DUN yang dipertandingkan pada pilihan raya umum ke-13 bulan lepas.
Mengulas perkembangan lain, Mazlan berkata kerajaan negeri juga bersetuju untuk menyambung tempoh perkhidmatan anggota jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) sehingga akhir tahun ini.
"Mengikut jadual asal, tempoh perkhidmatan JKKK telah tamat pada Mac lepas, bagaimanapun kita sambung sehingga sekarang (Jun). Tetapi kali ini kita sambung lagi sehingga Disember depan," katanya.
Katanya, organisasi itu boleh dirombak pada bila-bila masa mengikut keperluan setempat seperti terdapat anggota yang uzur dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment