Pesuruhjaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut berkata pengagihan tugas-tugas mengikut beberapa potfolio kepada semua wakil rakyat telah disepakati dan keutamaan akan diberi kepada Adun-adun baru yang muda untuk berucap pada persidangan dewan kali ini.
“Kita (PAS) telah bahagikan tugas-tugas kepada semua Adun, kita beri keutamaan kepada Adun-adun muda yang baru supaya berucap.
Ambil peluang ini untuk bercakap di dewan dan yang ‘veteran’ jika ada peluang dan kesempatan kita juga akan bercakap.
“Kita telah beritahu kepada semua adun ambil kesempatan waktu soal jawab lisan, kemukakan soalan tambahan atau mencelah minta penjelasan.
“Masalah kita (ahli dewan) adalah kerana masa yang terhad, kita (PAS) ramai kali ini. Kadang-kadang isu banyak, bila masa terhad mungkin tidak sempat untuk kupas isu,” ujarnya selepas majlis angkat sumpah kelmarin.
Beliau yang juga ADUN Wakaf Mempelam akan menumpukan soal Petroliam dan berkaitan dengan royalti serta Dana Khas.
Sehubungan itu, Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Dewan Undangan Negeri PAS Terengganu Dr Alias Razak berkata, beliau akan berucap dalam konteks isu-isu yang berkaitan kesihatan dan teknologi.
Manakala Timbalan Pesuruhjaya yang juga ADUN Paka akan menyentuh soal pendidikan termasuk pengajian tinggi dan Penolong Setiausaha PAS Terengganu yang juga ADUN Chukai Hanafiah Mat akan memberikan fokus ucapannya kepada soal industri.
Selain itu, ADUN PAS yang lain akan diberi tanggungjawab sebagaimana dibawah;
1. ADUN Ladang YB Dato' Tengku Hassan Tengku Omar - Ekonomi dan Pentadbiran
2. ADUN Tepoh YB Ustaz Hishamudin Abdul Karim - Belia dan Pelancungan
3. ADUN Manir YB Ustaz Hilmi Harun - Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar
4. ADUN Batu Burok YB Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - Pembalakan
5. ADUN Alor Limbat YB Ustaz Ariffin Seraman - Teknologi Maklumat
6. ADUN Sura YB Wan Hapandi - Kemudahan Awam
7. ADUN Teluk Pasu YB Ustaz Ridzuan Hashim - Usahawan dan Pengguna
8. ADUN Rantau Abang YB Alias Harun - Kebajikan dan Wanita
9. ADUN Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah - Agama dan Penerangan
No comments:
Post a Comment