Sunday, June 23, 2013

Mineral Andalusit Ditemui Di Terengganu, Mampu Jana Ekonomi Tambahan Negeri


Terengganu dijangka memperoleh hasil pendapatan baharu berikutan penemuan Mineral Andalusit, sejenis bahan mineral dalam bentuk kristal baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Terengganu Zukeri Abdul Ghani berkata Mineral Andalusit ialah sejenis bahan yang tahan panas pada suhu yang tinggi dan lazimnya diguna dalam industri besi.

"Nama Andalusit mengambil sempena nama Andalusia di Sepanyol iaitu tempat pertama ia ditemui.

Bahan itu merupakan komponen kimia alumina silikat yang sesuai untuk kegunaan industri refraktori termaju.

"Jika kajian mendapati ia berpotensi untuk diusahakan, maka Terengganu mempunyai sumber mineral baharu untuk dikomersialkan," katanya ditemui pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) jabatan itu di Kuala Terengganu,  Selasa.

Zukeri berkata JMG sedang mengkaji dan memperhalusi gred dan jumlah bahan itu untuk dikeluarkan sebagai hasil eknonomi baharu Terengganu pada masa depan.

Beliau berkata nilai bahan itu boleh mencapai sehingga AS$7,000 (RM22,074) untuk satu tan berbanding bijih besi yang berharga antara AS$200 (RM630) hingga AS$300 (RM946) setiap satu tan.

No comments:

Post a Comment