Pasukan Royal Terengganu Endurance Stable mengungguli acara 80 kilometer menerusi penunggangnya Mohd Bulkhairi Rozali dengan catatan masa 4 jam, 14 minit dan 30 saat dalam Kejohanan 'Malaysia-Thailand Endurance Challenge Trophy 2013' di Ladang Tebu Chuping, hari ini.
Manakala dua rakan sepasukan iaitu Mohd Hisyamudin Daud dan Asri Abd Aziz masing-masing di tempat kedua dan ketiga dengan catatan 4:15.31s dan 4:17.12s.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan pertandingan yang disertai 14 pasukan dari Singapura, Australia, Indonesia, Afrika Selatan dan Thailand selain Malaysia.
Kejohanan dua kali setahun itu diadakan secara berselang antara Malaysia dan Thailand dan edisi kali ini adalah yang kelima.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Abdul Jamil Saad berkata Kerajaan Perlis mahu meningkatkan prasarana sukan berkudanya bagi meletakkan negeri itu antara venue terbaik acara sukan berkenaan.
Sukan itu dilihat berpotensi membantu mempromosikan sektor perlancongan yang menjadi antara penyumbang utama ekonomi Perlis.
"Kemudahan asas sudah ada ada cuma perlu dipertingkatkan untuk memperkasakan kegiatan sukan itu di Perlis," katanya kepada media pada
No comments:
Post a Comment