Wednesday, June 26, 2013

Ahmad Said Hadir Mesyuarat Ke-118 Menteri Besar dan Ketua Menteri


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam  mempengerusikan Mesyuarat Ke-118 Menteri Besar dan Ketua Menteri di Bilik Mesyuarat Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Mesyuarat pada pukul 3 petang itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa serta beberapa menteri Kabinet.

Ini merupakan mesyuarat kali kedua diadakan tahun ini, dengan kali pertama pada Februari lepas, yang bertujuan menyelaras pentadbiran antara negeri selain membincangkan isu-isu berbangkit.

Mesyuarat yang kali pertama diadakan selepas pilihan raya umum ke-13 5 Mei lepas itu turut menyaksikan kehadiran ‘muka baru’ dalam senarai Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Mereka terdiri Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Perlis Azlan Man dan Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said turut hadir.

No comments:

Post a Comment