Friday, June 7, 2013

Sasaran 400,000 Graduan Teknikal Pada 2020

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP)
menyasarkan kira-kira 400,000 graduan teknikal dapat dilahirkan bagi memenuhi permintaan pasaran kerja dalam bidang berkenaan menjelang tahun 2020.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohlis Jaafar berkata, pada masa ini, setiap tahun menerusi 32 buah politeknik yang ada di seluruh negara, seramai kira-kira 35,000 lulusan graduan teknikal dilahirkan dalam pelbagai bidang.

Katanya, sehingga kini, kira-kira 200,000 tenaga graduan teknikal telah berjaya dilahirkan menerusi Politeknik yang menyumbangkan kira-kira 55 peratus daripada graduan teknikal yang berjaya dikeluarkan oleh institusi latihan teknikal di seluruh negara.

"Bagi mencapai usaha itu, dua buah politeknik lagi dirancang untuk dibangunkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) iaitu di Pagoh, Johor dan Bagan Datoh, Perak selain menambah dua buah lagi Politeknik Metro," katanya.

 Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas menutup program Special Training For Young Leaders (Style) yang dihadiri oleh 150 pemimpin Pembimbing Rakan Sebaya di Damai Beach Resort di Besut, hari ini.

No comments:

Post a Comment