Terengganu muncul juara Kejohanan bola sepak MSSM 2013 U18 selepas menewaskan pasukan Melaka 4-0 di Stadium Pasir Gudang Johor malam tadi.
Gol Terengganu dijaringkan oleh Safawi, Akram (2 gol) dan Arif Fadhilah.
Rata-rata pemain adalah berumur dalam lingkungan bawah 17 tahun dan berpeluang diserapkan ke pasukan yang lebih senior seperti pasukan piala presiden serta seterusnya pasukan liga super Terengganu atau T-Team.
Kemenangan tersebut memberi semangat kepada pasukan anak muda Terengganu untuk bersaing dalam kejohanan yang sama pada tahun depan.
No comments:
Post a Comment