Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui kepakaran anak tempatan sedang giat membangunkan program perpustakaan digital dengan kerjasama Apple, kata Naib Canselornya Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo.
Beliau berkata UMT membangunkan program itu sejak tiga tahun lalu dan kini sedang menambah baik program tersebut dengan mempelbagaikan beberapa lagi program yang boleh diakses untuk kegunaan pelajar UMT selain pengunjung lain dari luar UMT termasuk pelajar sekolah.
"UMT ada program khas tranformasi perpustakaan digital yang pastinya lebih mudah untuk pelajar UMT membuat rujukan dengan teknologi iBook daripada Apple," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kuala Terengganu, hari ini.
Katanya pelajar bukan sahaja akan berpeluang membuat rujukan dengan lebih mudah, malah mereka juga boleh mendapatkan lebih banyak maklumat dari sumber rujukan dari luar negara melalui akses perpustakaan digital itu.
Menurutnya UMT juga sedang membangunkan satu protal pembelajaran untuk membolehkan pelajar berkomunikasi secara maya dengan guru mereka melalui beberapa media sosial seperti e-mel, facebook dan twitter.
"Kaedah interaktif ini dilihat lebih menarik kepada pelajar bukan sahaja dalam konteks pembelajaran, malah juga boleh mendidik mereka cara berkomunikasi selain kaedah pembelajaran konvensional," katanya.
No comments:
Post a Comment