Sunday, July 7, 2013

Dua Wakil TSG Ke Sukan SEA Myanmar


Tiga pelumba profesional lebuh raya elit negara merupakan antara yang disenaraipendek oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk menggalas cabaran negara pada Sukan SEA Myanmar, Disember ini.

Tiga pelumba berkenaan ialah Mohd Adiq Hussainie Othman daripada pasukan Champion System Pro Cycling Team (CSS), Amir Mustafa Rusli (Drapac Professional Cycling Team) serta Mohd Zamri Salleh dan Mohd Shahrul Mat Amin daripada Terengganu Cycling Team (TSG).

Perkara berkenaan diputuskan pada mesyuarat exco PKBM Rabu lalu, yang turut menetapkan akan menghantar sekumpulan pelumba bagi meninjau laluan sebenar acara lepas beramai-ramai elit lelaki di Naypyitaw, September ini.

Presiden PKBM Datuk Abu Samah Wahab dalam kenyataan semalam berkata beliau telah meminta ketua jurulatih Aminuddin Sulaiman supaya mula melakukan saringan pelumba kelab pro benua dan benua untuk disenaraikan.

No comments:

Post a Comment