Abdul Jamil (kiri) mengumumkan Perlis memperuntukkan dana sebanyak RM135 juta sebagai kos untuk perbelanjaan persiapan penganjuran Sukma ke-17 tahun depan. |
Exco Belia dan Sukan Perlis, Abdul Jamil Saad berkata, jumlah itu termasuk pembinaan tiga venue baharu serta kerja-kerja menaiktaraf infrastruktur sedia ada.
“Pembinaan venue baharu melibatkan acara badminton, skuasy dan lapangan sasar, manakala kerja naik taraf akan dimulakan pada minggu pertama bulan depan.
“Bagaimanapun, pembinaan velodrom mini yang dicadangkan sebelum ini tidak dapat diteruskan kerana kekangan masa dan masalah kewangan.
Kami akan berbincang dengan persatuan negeri bagi mencari alternatif lain untuk acara lumba basikal,” katanya pada sidang akhbar di pusat media di Bukit Jalil semalam. Abdul Jamil berkata, Perlis akan memastikan semua venue yang berlangsung di Perlis tanpa melibatkan penggunaan venue di Kedah, manakala penginapan atlet akan ditempatkan di institut pengajian tinggi sekitar negeri itu.
Sehingga kini persiapan venue adalah 30 peratus. Sementara itu, Perlis turut memperkenalkan empat acara baharu iaitu tenis, kenu, petanque dan golf.
“Tenis adalah antara acara yang dijangka mampu menyumbang pingat dan kami juga akan mempertaruhkan atlet kami iaitu juara remaja Asia.
“Bagi acara kenu, pencapaian pada Sukma sebelum ini amat memberangsangkan apabila kami berjaya mencuri beberapa pingat daripada Terengganu. Kerana itu, kami memperkenalkan acara ini pada temasya akan datang,” kata Abdul Jamil.
No comments:
Post a Comment