Tuesday, July 2, 2013

Kadar Indeks Jenayah Terengganu Menurun 4.21 Peratus

Polis Terengganu berjaya menurunkan indeks jenayah sebanyak 4.21 peratus bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Mohd. Jamil berkata, ini berdasarkan penurunan kepada sebanyak 1,412 kes yang dilaporkan dalam tempoh berkenaan pada tahun ini berbanding 1,474 tahun lalu.

Katanya, kejayaan itu dicapai melalui pelaksanaan aktiviti dan program pencegahan jenayah yang dijalankan secara holistik dan agresif dengan bantuan dan kerjasama pelbagai pihak.

"Perkembangan itu memberi gambaran keberkesanan usaha membendung jenayah yang dilaksanakan di negeri itu dan kita harap orang ramai terus memainkan peranan lebih luas dalam memastikan kadar jenayah dapat terus dikurangkan.

"Penurunan indeks jenayah ini telah memberi impak yang positif iaitu mengurangkan ketakutan masyarakat terhadap jenayah,” katanya kepada pemberita pada perhimpunan bulanan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu Kuala Terengganu, semalam.

 Hamzah berkata, kontinjen Terengganu juga berjaya menyelesaikan 771 kes dalam tempoh berkenaan berbanding 1,412 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

No comments:

Post a Comment