Tuesday, July 2, 2013

Terengganu Ungguli Sukan Judo Pada Sukma 2013


Kontinjen Terengganu yang diketuai oleh Ketua Kontijen, Mohamad Kamil Othman, berjaya mendominasi tujuh daripada 16 pingat emas yang ditawarkan dalam sukan Judo di SUKMA XVI, Kuala Lumpur.

Kontinjen Perak berjaya merangkul tiga pingat emas, Johor dan Pulau Pinang masing-masing dua pingat emas manakala Negeri Sembilan dan Selangor dengan satu emas.

“Saya memang yakin dengan prestasi atlet-atlet saya dan kami sememangnya target untuk tujuh pingat emas.
Sekiranya lebih, itu memang bonus bagi kami.

Kami telah memulakan latihan sepenuhnya sejak tahun 2011 di bawah bimbingan Marjan Abdullah.

Atlet-atlet ini berlatih sambil melanjutkan pelajaran di Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor”, menurut pengurus pasukannya Ali  Engah.

Kali ini, pasukan judo Terengganu diketuai oleh Muhammad Ruzaini Bin Abdul Razak, 18 tahun.

Sebahagian daripada atlet-atlet ini berpengalaman menyertai SUKMA XIV, 2011.

Menurut Ali, pasukan Perak, Selangor dan Sarawak telah memberikan saingan yang sengit dan juga mempunyai masa hadapan yang cerah.

Senarai pemenang mengikut kategori adalah seperti berikut :  PINGAT EMAS Lelaki Mohd Sahril Hafiz Bin Abd. Wahab & Muhammad Amin Asyraaf Bin Amir Hamzah (KATA) Mohd Farhan Uzair Bin Mohd Fikri (Tidak Melebihi 60 kg) Muhammad Shaiful Arif b. Ab Manan (Tidak Melebihi 81 kg) Farish Farhan Bin Badri (Tidak Melebihi 90 kg) Muhammad Ruzaini Bin Abdul Razak (Melebihi 90 kg) Perempuan Nik Norlydiawati Bt Nik Azman (Tidak Melebihi 63 kg) Nor Izzatul Fazlia Mohamad Tahir (Tidak Melebihi 70 kg)

No comments:

Post a Comment