Mayat seorang wanita ditemui dengan kecederaan teruk di kepala dan dahi dipercayai terhantuk pada penghadang jalan, selepas dicampak ke tepi Lebuh Raya Pantai Timur berhampiran Kampung Sungai Ular di Kuala Berang, semalam.
Mayat berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai warga asing itu ditemui di Kilometer 41.1 Bukit Besi-Kuala Terengganu tanpa kain, manakala baju T berwarna oren yang dipakainya terselak ke paras dada, antara jam 6 hingga 7 pagi oleh seorang pengawal keselamatan.
Ketika ditemui, mangsa yang dianggarkan 158 sentimeter tinggi dan berkulit cerah tidak memiliki dokumen peribadi dan tiada tanda suntikan vaksin BCG pada bahu.
Sangkakan patung
Pengawal keselamatan di Hentian Rehat Ajil, berkata, beliau menyedari sesuatu objek seperti patung di tepi lebuh raya itu dalam perjalanan pulang dari menunaikan solat Subuh di Masjid Sungai Ular itu.
“Saya sangkakan objek yang terbaring di bahu jalan itu adalah patung, tetapi rupanya mayat wanita.
“Disebabkan takut melihat darah, saya tidak menghampiri mayat wanita itu, sebaliknya mendapatkan bantuan untuk menghubungi polis,” katanya yang baru dua bulan bekerja di pondok keselamatan itu.
No comments:
Post a Comment