Sunday, July 7, 2013

MB - Masyarakat Perlu Prihatin, Peka Terhadap Kes Dera


Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said meminta masyarakat setempat agar lebih peka dan prihatin terhadap kejadian penderaan kanak-kanak.

"Saya sedih dengan kes yang menimpa mangsa, haiwan pun tahu sayangkan anaknya," katanya mengulas kes tiga kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan ibu dan bapa tirinya di sini baru-baru ini.

Kanak-kanak itu mendapat cedera parah dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

Katanya jiran mahupun orang ramai atau sesiapa yang mengetahui mengenai kes sedemikian perlu melaporkannya kepada pihak polis.

"Saya harap masyarakat setempat dapat mengubah budaya dan landskap ini agar lebih prihatin dengan hal sekeliling," katanya. Ahmad meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat kanak-kanak malang itu di HSNZ semalam.

Selasa lepas, Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap ibu kandung kanak-kanak itu manakala bapa tiri mereka dipenjara 13 tahun selepas mereka mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan mendera tiga beradik itu.

Sementara itum budak mangsa dera, Mohd. Rafiq Haikal Yusman enggan memaafkan ibu kandung dan bapa tirinya atas perbuatan kejam pasangan itu mendera dia dan dua adik lelakinya, Mohd. Aqil Zaquan, 2, serta Mohd. Afiq Hazwan, 5, di sebuah rumah di Gong Badak.

Kanak-kanak berusia tujuh tahun itu, berkata, ibu dan bapa tirinya zalim apabila sanggup melihat dua jari kaki kirinya mengalami kecacatan kekal akibat melecur apabila disimbah air panas beberapa bulan lepas. 

Menurutnya, dia dan dua adiknya itu juga diperlakukan seperti binatang apabila diikat dengan tali, dicucuh puntung rokok dan kena gantung pada kipas.

Katanya, dia percaya nasib malang itu tidak akan menimpa ke atas dirinya dan dua adiknya jika bapa kandungnya masih hidup dan tinggal bersama.

"Kami tidak suka dan tidak sayang mak dan ayah (tiri) kita, sebab dia jahat, ayah (kandung) baik kita dah mati, kita tak akan maafkan mak dan ayah yang jahat itu.

"Kami kena ikat dengan tali, dicucuh (puntung) rokok, kena gantung pada kipas, kena simbah air panas dan banyak lagi," ceritanya.

No comments:

Post a Comment