Tuesday, July 2, 2013

PKR Sokong Pas Bertanding Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut

PKR menyokong PAS untuk meletakkan calon mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu.

Ketika ditemui di lobi Parlimen di Kuala Lumpur, semalam Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata perkara itu dipersetujui sebulat suara pimpinan PKR semalam.

Ia berbeza dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam, yang mencadangkan PAS memboikot pilihan raya kecil DUN Kuala Besut bagi membantah 'taktik kotor' Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Mengulas mengenai kenyataan Lim itu, Mohamad Azmin berkata: "Itu adalah pandangan peribadi dan beliau (Lim) akan usulkan kepada Majlis Pakatan...kita akan dengar alasan beliau."

SPR akan mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini (5 Julai) bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Kuala Besut. Pada PRU13, 5 Mei lalu, Dr A. Rahman mempertahankan kerusi Kuala Besut untuk BN setelah menewaskan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

No comments:

Post a Comment